Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Warga Sweden maut dipercayai disengat obor-obor
Diterbitkan:  Jun 28, 2018 5:44 AM
Dikemaskini: 10:19 PM

Seorang warga Sweden maut dipercayai akibat disengat obor-obor di laut berdekatan Pantai Tanjung Rhu, Langkawi semalam.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Mohd Iqbal Ibrahim yang mengesahkan kes itu berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3.15 petang sewaktu mangsa, Sohrabi Saeed, 60, berenang berdekatan pantai yang terletak di bahagian utara pulau peranginan ini.

"Anggota polis di Balai Polis Ayer Hangat yang menerima laporan itu telah bergegas ke tempat kejadian untuk membuat siasatan awal sebelum menghantar mayat ke Hospital Langkawi untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.

Maklumat awam diterima Bernama menyatakan mangsa telah ditemani seorang pelancong lain di pantai itu sebelum kejadian itu berlaku.

Ini merupakan kejadian sengatan obor-obor yang menyebabkan maut yang pertama kali berlaku di Langkawi sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

- Bernama
 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS