Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anggota parlimen Tebrau Steven Choong dan tiga lagi menarik balik rayuan terhadap sabitan kes perhimpunan haram di Johor Bharu lima tahun lalu bagi menyatakan sokongan terhadap aktivis Adam Adli Abdul Halim.

Langkah itu diambil selepas pihak pendakwaan menarik balik rayuan untuk menambah denda pada Choong, Thomas Fann, Mohd Salleh Ahmad dan Koh Jit Huat.

Mereka didenda RM1,500.

Timbalan Pendakwa Raya Awang Armadajaya Awang Mahmud dan peguam Latheefa Koya mendedahkan perkara ini kepada panel tiga hakim diketuai oleh Mohtarudin Baki.

Susulan itu, mahkamah menolak rayuan dan rayuan balas berkaitan.

Dua lagi hakim dalam panel itu adalah Ab Karim Abdul Jalil dan Rhodzariah Bujang.

Keempat-empat tertuduh didakwa terlibat dalam perhimpunan dekat stesen minyak di Jalan Tun Razak, Johor Bahru pada Mei 2013 dan perhimpunan di depan balai polis.
[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS