Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Pemaju: Minat pelabur terhadap TRX melonjak selepas PRU14

Pemaju induk projek Tun Razak Exchange (TRX) menerima banyak pertanyaan daripada pelabur berpotensi selepas pilihan raya umum ke-14 dan keputusan kementerian kewangan minggu lalu untuk menyuntik RM2.8 bilion bagi memastikan projek itu siap.

Ketua Pegawai Eksekutif TRX City Sdn Bhd (TRXC) Datuk Azmar Talib berkata beliau sedang melayan soalan mereka untuk mengetahui sama ada syarikat berkenaan ingin memindahkan pejabat mereka ke TRX, atau mengambil bahagian dalam pembangunannya.

"Terdapat tempoh lama mereka tidak pasti (tentang untuk melabur), tetapi sebaik sahaja kerajaan membuat keputusannya (untuk menyiapkan projek itu), ramai yang tergesa-gesa kerana orang mahu berada di tempat ini. Mereka mahu bekerja di TRX.

"Jika kamu lihat KL ketika KLCC dibangunkan, kita berjaya menarik ramai gedung pakaian antarabangsa untuk ke KL. Tetapi selepas KLCC, kita tidak ada yang lain, jadi TRX adalah yang seterusnya," katanya kepada wartawan yang melakukan lawatan kerja ke tapak berkenaan.

Azmar berkata keyakinan para pelabur juga meningkat susulan perubahan kerajaan dan jaminan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai persekitaran yang mesra perniagaan.

Ketua Pegawai Operasi TRXC Tan Hwa Min menambah bahawa TRCX sedang berunding dengan sekurang-kurangnya sepuluh pelabur berpotensi.

Azmar, bagaimanapun, memberi ingatan bahawa proses rundingan mungkin mengambil masa.

Katanya, ia mengambil masa empat hingga lima tahun untuk meyakinkan pelabur TRX semasa untuk melabur.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS