Seks luar tabii: Penghidap kanser tahap akhir dijel 8 tahun, 6 sebatan
Seorang lelaki penghidap kanser limfoma tahap empat dihukum penjara lapan tahun dan sebatan enam kali oleh Mahkamah Sesyen Ampang dekat Kuala Lumpur hari.
Dia dijatuhi hukuman itu selepas disabitkan bersalah atas tiga pertuduhan melakukan seks luar tabii terhadap kanak-kanak perempuan enam tahun, yang juga sepupunya, tahun lalu, lapor Utusan Online.
Hakim Azrul Darus menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh 21 tahun mengaku salah melakukan kesemua perbuatan itu di dalam sebuah bilik di sebuah unit pangsapuri di Taman Pandan Mewah dekat Kuala Lumpur kira-kira pukul 6 pagi, Ogos 2017.
Mengikut pertuduhan pertama, tertuduh didakwa meliwat mangsa tanpa kerelaan iaitu kesalahan bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.
Pertuduhan kedua, tertuduh didakwa dengan sengaja memasukkan jari ke dalam dubur mangsa sama yang didakwa mengikut Seksyen 377CA kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan amang seksual fizikal dengan menyentuh dubur mangsa sama dengan zakarnya yang didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman seperti pertuduhan pertama.
Mahkamah memerintahkan tertuduh dihukum penjara lapan tahun bagi dan sebatan antara satu hingga tiga kali bagi setiap pertuduhan yang diperintah berjalan serentak

