Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, yang memangku tugas presiden Umno, mendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membekukan akaun bank ibu pejabat Umno dan Umno Selangor.

Zahid berkata beliau menerima panggilan telefon dari SPRM yang memaklumkan tindakan itu, lapor The Star.

“Hampir pasti selepas ini SPRM akan bekukan akaun Umno Johor juga,” beliau dipetik sebagai berkata dalam majlis hari raya di Johor Bahru hari ini.

Zahid mendakwa Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan meminta Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membatalkan pertubuhan parti itu.

"Tidak ada jaminan sesiapa yang menang jawatan Presiden Umno, anggota-anggota Majlis Tertinggi dan rakan-rakan Naib Presiden dan Timbalan Presiden yang menang tidak akan disiasat SPRM.

"...tiada jaminan mantan Menteri Besar Johor tidak disiasat SPRM, kerana kita bukan lagi kerajaan," katanya dipetik Bernama ketika berucap pada majlis Umno Johor bersama Zahid di Johor Bharu, hari ini.