PM saran Malaysia jadi penyelesaian 'perang dagang' AS-China
Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan Malaysia sebagai jalan tengah di antara 'perang dagang' antara Amerika Syarikat (AS) dan China.
Beliau berkata Malaysia boleh menjadi perantaraan perdagangan di tengah-tengah pertikaian antara dua kuasa ekonomi dunia ini.
"Saya berharap jika AS mahu eksport ke China, mereka boleh mengeksport melalui Malaysia.
"Dan jika China mahu mengeksport ke Amerika, mereka boleh menghasilkan (barangan) di sini, kita boleh meletakkan label 'Buatan Malaysia' (pada barangan itu).
"Jadi semua yang berlaku, baik atau buruk, ada hikmah di sebalik masalah yang dapat memberikan peluang baru kepada mereka yang melihatnya," katanya ketika berucap di majlis makan tengah hari sempena mesyuarat tahunan American Chamber of Commerce di Kuala Lumpur hari ini.
Ancaman tarif
Antara 240 tetamu yang hadir hari ini merupakan eksekutif daripada Deloitte, West Digital, JP Morgan, AmMet Life dan Citibank.
Awal bulan ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif ke atas import China selepas Beijing memutuskan untuk menaikkan tarifnya ke atas barangan AS.
'Perang perdagangan' itu telah menyebabkan pasaran kewangan bertindak balas secara negatif.
Terdahulu, Mahathir juga berkata kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) sebagai kerajaan "mesra perniagaan" dan mengalu-alukan kuantum pelaburan langsung asing (FDI) yang lebih tinggi ke dalam negara ini.
[Baca berita penuh]

