1MDB tamatkan perkhidmatan Arul Kanda
Diterbitkan: Jun 29, 2018 9:36 AM | Dikemas kini: Jun 29, 2018 9:41 AM
1MDB telah menamatkan perkhidmatan presiden dan ketua pegawai eksekutifnya, Arul Kanda Kandasamy, berkuatkuasa semalam.
Surat penamatan perkhidmatan itu, yang dilihat oleh Malaysiakini menyebut bahawa Arul Kanda didapati telah "melanggar kontrak dan kewajiban fidusiari" sebagai ketua 1MDB.
Keputusan untuk menamatkan perkhidmatan Arul Kanda dibuat dalam satu mesyuarat lembaga pengarah pada 25 Jun, dan surat tersebut disampaikan kepadanya semalam, kata sumber.
Malaysiakini telah menghubungi Arul Kanda untuk mendapatkan komen.
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.