Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
KPI untuk pantau 68 janji p'raya di Pulau Pinang

Kerajaan negeri Pulau Pinang akan melaksanakan sistem indeks prestasi utama (KPI) untuk memantau prestasi majlis eksekutif negeri dan kerajaan tempatan, kata ahli exco negeri yang bertanggungjawab bagi perkara itu, Jagdeep Singh Deo.

Jagdeep berkata pasukan petugas KPI itu juga akan memantau 68 janji pilihan raya kerajaan Pakatan Harapan, yang telah diberi mandat ketiga di Pulau Pinang pada 9 Mei apabila rakyat mengundi pada pilihan raya umum ke-14.

Beliau menyediakan senarai yang memperincikan mengenai jumlah tugas dan tanggungjawab untuk 11 anggota majlis eksekutif negeri.

Menurut senarai itu, Ketua Menteri Chow Kon Yeo (Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Pengangkutan dan Penerangan) diberi 10 tugas untuk dicapai sepanjang penggal perkhidmatannya.

Manakala Jagdeep sendiri (kerajaan tempatan, perumahan, perancangan bandar & desa) memikul 19 tugas, yang terbanyak, berbanding ahli exco yang lain.

Yang lain termasuk:

  • Timbalan Ketua Menteri I Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahmah (hal ehwal agama Islam, pembangunan industri, perhubungan masyarakat) - tujuh tugas;
  •  Timbalan Ketua Menteri II P Ramasamy (perancangan ekonomi negeri, pendidikan, pembangunan modal insan, sains, teknologi & inovasi) - tujuh;
  •  Zairil Khir Johari (kerja raya, utiliti, tebatan banjir) - dua;
  •  Abdul Halim Hussein (perdagangan dalam negeri & antarabangsa, hal ehwal pengguna, pembangunan keusahawanan) - lima;
  • Dr Afif Bahardin (kesihatan, pertanian & industri asas tani, pembangujnan luar bandar) - tujuh;
  •  Phee Boon Poh (kebajikan, masyarakat penyayang dan alam sekitar) - 15;
  •  Chong Eng (pembangunan wanita & keluarga, keterangkuman gender. agama selain Islam) - enam;
  •  Yeoh Soon Hin (pembangunan pelancongan, warisan, kebudayaan dan Kesenian) - lima; dan
  •  Soon Lip Chee (belia dan sukan) - dua.

"Tidak seperti kerajaan persekutuan, yang mempunyai 100 hari untuk memenuhi janji, kami tidak mempunyai had masa kerana kami telah memulakan proses penyampaian janji-janji kami sejak 2008," kata Jagdeep kepada pemberita semalam.

"Walaupun kita tidak mempunyai had masa, kita perlu bekerja keras untuk cuba dan capai janji-janji pilihan raya," katanya, selepas memotong kek bagi memperingati ayahnya, mendiang Karpal Singh, pada majlis harijadinya yang ke-78.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS