Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ting hadir di mahkamah, lepas keluar waran tangkap 'kes bankrap'

Ahli perniagaan Sarawak, Ting Pek Khiing hadir ke pejabat bahagian muflis di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini berikutan laporan awal mengenai waran tangkap yang dikeluarkan terhadapnya.

Ting dilihat bertemu dengan ketua penolong kanan pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz di dalam kamar, tanpa ditemani peguamnya dalam kes yang difailkan oleh Bumiputra Commerce Bank Bhd, terhadapnya.

Bumiputra Commerce kini adalah CIMB Bank.

Apabila Ting keluar untuk berehat sementara dibantu oleh pembantunya, beliau memberitahu pemberita bahawa beliau tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan hari ini dan meminta jurugambar untuk tidak mengambil gambarnya.

Peguamnya juga menolak untuk bercakap kepada media berkata selepas Ting bertemu penolong pendaftar kanan, mereka pula akan masuk.

Prosiding sepanjang hari

"Sekiranya diperlukan Ting akan mengeluarkan kenyataan kemudian," kata mereka.

Prosiding itu dijangka mengambil masa sepanjang hari.

Sebelumnya dilaporkan pada awal bulan ini bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadap Ting kerana ketidakhadirannya dan beliau dilaporkan berkata akan datang pada hari ini.

Pada 8 Jun lalu, Ting berkata beliau akan mematuhi perintah untuk hadir di mahkamah kerana gagal muncul pada 7 Jun.

"Mereka mahu saya berada di sana pada 29 Jun, saya akan berada di sana. Saya tidak menerima notis itu tetapi saya melihatnya dalam akhbar.

'Projek pembangunan di Langkawi'

"Jika saya tidak datang pada hari itu, mereka akan menangkap saya," kata Ting.

Beliau menjelaskan bahawa beliau tidak dapat hadir ke mahkamah pada 7 Jun kerana sibuk dengan projek pembangunannya di Langkawi dan hanya menerima perintah itu untuk muncul tiga hari sebelumnya.

Beliau juga dilaporkan memaklumkan kemunculannya di mahkamah untuk kes muflis sebagai "perkara kecil" dan mendakwa sesetengah pihak cuba memalukannya selepas beliau mengumumkan sedang memulakan projek pembangunan di Langkawi.

"Orang cuba memalukan saya, saya bukan pembunuh, saya bukan penjenayah.

"Tetapi saya akan berada di sana pada penghujung bulan ini, saya tidak akan lari daripada mereka," katanya lagi.

Waran tangkap telah dikeluarkan di bawah Seksyen 28 Akta Insolvensi 1967.

Ting kembali menjadi perhatian selepas dikatakan terlibat dalam projek pembangunan Langkawi bernilai RM30 bilion

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS