Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pemimpin Pemuda HARAPAN gesa Nik Nazmi dilantik menteri kabinet
Diterbitkan:  Jun 30, 2018 11:04 PM
Dikemaskini: Jan 13, 2019 10:11 AM

Pemimpin muda Pakatan Harapan (HARAPAN) menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi menggesa agar ketua pemuda mereka Nik Nazmi Nik Ahmad dilantik menjadi menteri kabinet.

Seramai 96 pemimpin muda daripada empat parti HARAPAN - termasuk 12 daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) - dikatakan menandatangani petisyen berkenaan.

Dua penandatangan mengesahkan petisyen berkenaan dengan Malaysiakini, dan menjelaskan bahawa ia dilancarkan tiga minggu lalu.

"Nik Nazmi, sebagai ketua Pemuda HARAPAN, seharusnya dilantik sebagai menteri belia dan sukan atau mana-mana jawatan menteri yang dilihat sesuai bagi memastikan agenda anak muda diutamakan dalam kerajaan HARAPAN," kata antara keterangan dalam petisyen itu.

Petisyen itu juga menyorot pengalaman Nik Nazmi sebagai anggota exco dan timbalan speaker di Selangor.

Sumber yang bercakap kepada Malaysiakini, bagaimanapun berkata petisyen itu juga bagi memastikan agar Ketua Pemuda BERSATU Syed Saddiq Syed Abdul Rahman tidak menjadi satu-satunya pemimpin Pemuda di dalam kabinet.

"Nik Nazmi bekerja keras untuk meletakkan Pemuda HARAPAN di depan, ramai beranggapan dia sesuai menjadi menteri.

"Syed Saddiq dilihat lebih bersendiri, dan jarang terlibat dalam mesyuarat yang melibatkan keempat-empat parti. Malah beberapa pemimpin Pemuda BERSATU tidak mahu Syed Saddiq menjadi menteri," kata sumber itu.

Seorang lagi sumber menyuarakan pendapat sama dengan mendakwa Syed Saddiq selalu "sibuk dan jarang memberi respons kepada hal-hal yang melibatkan HARAPAN".

Sumber itu mendakwa Nik Nazmi mungkin tidak akan dilantik sebagai timbalan menteri sekali pun.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS