Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri: Langkah pembaharuan 'kemungkinan besar' beri kesan pada pertumbuhan

Pembaharuan yang sedang dilakukan kerajaan 'kemungkinan besar' akan memberi impak kepada pertumbuhan ekonomi negara, kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Beliau berkata, pembaharuan itu bagaimanapun akan memastikan pertumbuhan yang lebih mapan di masa depan.

"Ekonomi Malaysia secara dasarnya kukuh, dengan semua sektor menunjukkan pencapaian yang baik di tahap makro dan disokong dengan sektor kewangan dan perbankan yang stabil dan kukuh.

"Pemapanan pertumbuhan ekonomi yang sebenar kekal menjadi keutamaan kerajaan, dengan lebih fokus diberikan untuk menjadikannya lebih manusiawi untuk menjamin kualiti hidup rakyat yang lebih baik," katanya ketika merasmikan pelancaran laporan dwi-tahunan Economic Monitor Report Bank Dunia hari ini.

Beliau berkata, usaha itu dijalankan serentak dengan langkah pengukuhan kedudukan fiskal kerajaan.

"Sementara pelbagai pembaharuan kemungkinan besar memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi, ia dijangka bersifat jangka pendek.

"Keseimbangan (trade-off) ini penting untuk menguatkan kedudukan fiskal kerajaan dan mengembalikan ekonomi ke kedudukan lebih teguh dan pertumbuhan yang lebih mapan," katanya lagi.

Laporan kali ini mengekalkan ramalan laporan lalu bahawa pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi tahun ini pada kadar 5.4 peratus, dan ia masih dipacu oleh perbelanjaan isi rumah.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS