Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kes 1MDB: K'jaan beku 408 akaun, libatkan RM1.1 bilion
Diterbitkan:  Jul 2, 2018 5:36 PM
Dikemaskini: 10:13 AM

Kerajaan telah membekukan 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat daripada akaun milik individu, parti politik dan NGO, maklum pasukan petugas khas 1MDB.

"Pasukan Petugas Khas (Task Force) 1MDB telah membekukan sebanyak 408 akaun bank melibatkan dana RM1.1 bilion daripada akaun-akaun milik individu, parti politik serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada 26 dan 29 Jun 2018 lalu.

"Akaun yang dibekukan turut membabitkan 81 individu serta 55 buah syarikat yang dipercayai pernah menerima dana daripada 1MDB," kata kenyataan ringkas yang dikeluarkan pasukan petugas itu hari ini di Putrajaya.

Kerajaan mengumumkan penubuhan pasukan petugas khas menyiasat 1MDB pada 21 Mei lalu. Ia dianggotai bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail, bekas ketua pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamed, bekas ketua pengarah operasi SPRM, Datuk Seri Mohd Shukri Abdull dan bekas timbalan pengarah cawangan khas polis Bukit Aman, Datuk Abdul Hamid Bador.

Selanjutnya, pasukan petugas khas berkata akaun yang dibekukan kerajaan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB.

Libatkan 900 transaksi

"Akaun-akaun tersebut dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan dan salah guna dana 1MDB. Ia melibatkan hampir 900 transaksi yang dibuat antara Mac 2011 dan September 2015.

"Sehubungan itu, Pasukan Petugas Khas 1MDB berharap semua pihak yang terlibat akan memberi kerjasama dengan pihaknya," kata kenyataan itu.

Pasukan petugas khas 1MDB juga tidak menolak kemungkinan ada lagi akaun yang bakal dibekukan selepas ini.

"Pasukan Petugas Khas 1MDB juga tidak menolak kemungkinan akan ada lagi akaun yang bakal dibekukan selepas ini.

"Kesemua akaun dibekukan mengikut peruntukan undangundang negara ini sebagaimana lazimnya dilakukan, dan oleh itu, tidak timbul isu tindakan membekukan akaun diambil untuk menganiaya mana-mana pihak," maklum kenyataan itu lagi.

"Kesemua akaun dibekukan mengikut peruntukan undangundang negara ini sebagaimana lazimnya dilakukan, dan oleh itu, tidak timbul isu tindakan membekukan akaun diambil untuk menganiaya mana-mana pihak," maklum kenyataan itu.

Jumaat lalu, The New Straits Times melaporkan akaun bank Umno merupakan antara 900 akaun yang dibekukan MACC.

Sebelumnya, Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan SPRM telah membekukan akaun bank parti itu dan juga akaun bank Umno Selangor.

Lihat Komen
ADS