Malaysiakini
BERITA

Najib sah ditangkap di rumah

Diterbitkan
Dikemaskini 3 Jul 2018, 1:27 tengahari

Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dari kediaman peribadinya di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur hari ini.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Mohd Shukri Abdull mengesahkan perkara itu kepada media.

Kenyataan media yang dikeluarkan Pasukan Petugas Khas 1MDB  turut mengesahkan tangkapan itu dibuat pukul 2.35 petang tadi.

Tangkapan itu berhubung skandal SRC International Sdn Bhd.

Najib telah dua kali dipanggil SPRM memberi kenyataan berhubung skandal itu sebelum ini.

Pasukan Petugas Khas 1MDB turut memaklumkan Najib akan didakwa di Mahkamah Kuala Lumpur pagi esok.

 

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.