Suruhanjaya Pilihan Raya akan membincangkan tarikh pilihan raya kecil (PRK) bagi Dewan Undangan Negeri Sungai Kandis pada Isnin, seperti dinyatakan dalam kenyataan media hari ini.

Ia susulan penyandang penggal ketiga DUN berkenaan Shuhaimi Shafiei meninggal dunia semalam.

Allahyarham yang merupakan bekas setiausaha politik kepada menteri besar Selangor itu menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 11.10 pagi semalam di Pusat Perubatan Subang Jaya akibat menghidap penyakit kanser limfoma.

PRK ini merupakan yang pertama selepas pilihan raya umum (PRU) 9 Mei lalu yang menyaksikan Shuhaimi mempertahankan kerusinya dengan meraih 55.6 peratus undi.