Paling Popular
Terkini
story images
story images

Peguam kanan Tan Sri Shafee Abdullah muncul di kediaman di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur beberapa jam selepas penahanan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Kira-kira pukul 9.30 malam tadi, kenderaan SUV hitam yang didaftarkan di bawah nama Shafee dilihat memasuki kawasan kediaman Najib.

Kosmo melaporkan Shafee turut berada di ibu pejabat SPRM sekitar 8.40 malam tadi.

Bekas perdana menteri itu ditahan oleh SPRM petang tadi berhubung siasatan ke atas SRC International Sdn Bhd dan akan didakwa di mahkamah esok.

Terdahulu, kenderaan adik kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Datuk Nizam Razak, turut dilihat memasuki kawasan kediaman berkenaan.

Nizam kemudian dilihat meninggalkan kediaman itu sekitar 10.30 malam.

Turut dilihat di kediaman Najib adalah peguam Rosmah, Noorhajran Mohd Noor, yang kemudian dilihat meninggalkan kediaman itu pukul 10.35 malam.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS