Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Anak tiri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu Riza Aziz hanya diambil keterangan sahaja dan tiada keperluan untuk menahan beliau setakat ini, kata Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Mohd Shukri Abdull.

Ketika dihubungi beliau berkata, Riza hanya diambil keterangan berhubung siasatan melibatkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Setakat 9 malam ini, kenderaan Riza belum meninggalkan perkarangan bangunan SPRM di sini walaupun media telah diarah beredar sejak 7 malam. Riza tiba di bangunan SPRM pada 1.32 tengah hari tadi.

Riza dikaitkan dengan skandal 1MDB apabila syarikat perfileman yang ditubuhkannya didakwa menggunakan dana syarikat pelaburan kontroversi itu untuk menerbitkan sebuah filem.

- Bernama

Lihat Komen
ADS