Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penyokong Najib bersetiakawan di mahkamah
Diterbitkan:  Jul 4, 2018 11:53 AM
Dikemaskini: 4:08 AM

Beberapa pemimpin dan bekas pemimpin Umno serta sekumpulan penyokong hadir ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur bagi menyatakan setiakawan dengan Datuk Seri Najib Razak yang didakwa pecah amanah ketika menjadi perdana menteri.

Mereka membawa poster dengan mesej mendesak pembebasan Najib dan menggesa pihak berkuasa menghormati hak sivil serta melaungkan slogan “Bebas Najib”.

Mereka turut menyanyikan lagu "Allah selamatkan kamu", yang lebih popular dengan lagu menyambut ulang tahun kelahiran.

Antara yang hadir termasuklah Ketua Pemuda Umno yang baru Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, Ketua Wanita Umno Datuk Noraini Ahmad, penulis blog kontroversi Papagomo serta bekas propagandis Umno Datuk Puad Zarkashi.

Asyraf (atas) menegaskan seseorang tidak boleh dianggap bersalah selagi mahkamah tidak memutuskan perkara itu.

"Jangan kita menghukum sebelum mahkamah menghukum, jangan kita aibkan dia sebelum dia dikenakan apa-apa hukuman.

"Masalahnya hari ini beliau diadili di mahkamah media bukan di kamar mahkamah sebenar," katanya kepada pemberita di lobi Kompelks Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sementara itu, Puad, yang ketika pilihan raya dilihat diketepikan Najib sebagai calon BN, berkata beliau hadir kerana Najib bukan saja bekas presiden Umno tetapi juga bekas pemimpin negara.

"Kami mahu menunjukkan bahawa kami akan terus mempertahankannya," kata Puad kepada pemberita.

Bagaimanapun, sedikit ketengan berlaku antara anggota polis dan bekas pemimpin pemuda Umno Tun Faisal Ismail Aziz apabila penyokong Najib menyanyi di luar mahkamah.

"Ini bukan karaoke, ini mahkamah!" kata seorang pegawai polis kepada Tun Faisal.

Tun Faisal membantah dengan mengatakan tiada halangan untuk bercakap atau menyanyi di luar lobi mahkamah.

Lihat Komen
ADS