Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar dari hospital selepas menjalani rawatan selama 10 hari.

Dalam hantaran di Facebook, Anwar mengucapkan terima kasih kepada kakitangan perubatan dan penyokongnya.

Anwar dimasukkan ke PPUM akibat sakit bahu kronik pada 23 Jun lalu.

Kecederaan itu bertambah buruk selepas kemalangan jalan raya pada September tahun lalu semasa beliau menjalani hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat.

Pada Mac lalu, Anwar menjalani pembedahan di bahunya.

Susulan kemenangan Pakatan harapan pada pilihan raya umum ke-14, beliau kemudiannya diberi pengampunan daripada Yang di-Pertuan Agong.