Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi mengucapkan terima kasih kepada BN kerana menerima kekalahan dalam pilihan raya umum ke-14 dan membantu proses peralihan kuasa berlaku dengan aman.

"Malaysia pasti mempunyai banyak sebab untuk bersyukur. Kita membuat perubahan kerajaan, yang berlaku secara aman.

"Biasanya di negara lain, apabila terdapat perubahan dalam kerajaan, sering terjadi rusuhan hingga sesetengahnya akan dibunuh [...] dan rusuhan ini boleh berlaku kerana mereka yang kalah mungkin tidak dapat menerima mereka yang menang.

"Tetapi di Malaysia, kita dapati bahawa mereka yang kalah mengakui kekalahan mereka dan memberi laluan kepada kerajaan baru untuk mengambil alih.

"Itulah sebabnya peralihan dalam kerajaan berlaku dengan aman," kata Mahathir dalam ucapannya semasa majlis Rumah Terbuka Jabatan Perdana Menteri yang diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya hari ini.

Beliau sebelum itu memohon maaf kerana lewat tiba ke acara itu kerana terpaksa menghadiri mesyuarat kabinet.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS