Paling Popular
Terkini
story images
story images

Riza Aziz, anak tiri kepada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, meninggalkan ibu pejabat SPRM selepas enam jam beliau memasuki bangunan itu di Putrajaya pada jam 3.05 petang hari ini.

Anak lelaki daripada perkahwinan pertama Datin Seri Rosmah Mansor itu tidak bercakap kepada media.

Bagaimanapun, sebelumnya Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull berkata Riza tidak akan ditahan pada hari ini.

"Dia hanya memberikan keterangannya untuk direkodkan," kata beliau dalam mesej Whatsapp kepada Malaysiakini.

Riza menerajui Red Granite Pictures, syarikat produksi filem arahan Martin Scorsese The Wolf of Wall Street, yang turut dibintangi pemenang Oscar Leonardo DiCarprio.

Jabatan Kehakiman AS (DOJ) mendakwa bahawa AS$64 juta diseleweng dari 1MDB telah diberikan kepada Red Granite bagi mendanai kos penerbitan beberapa filem Hollywood.

Jumlah berkenaan dikatakan merupakan sebahagian daripada wang AS$230 juta yang didakwa diseleweng dari 1MDB. DOJ percaya bahawa wang itu dipindahkan ke dalam akaun yang dikawal oleh Riza.

Syarikat berkenaan menegaskakan pihak mereka tidak tahu apa-apa tentang dana yang diseleweng untuk mendanai filem terbitan mereka.

Menurut DOJ, Riza sebelum ini mendakwa AS$94 juta dari dana 1MDB yang diterimanya adalah "hadiah".

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS