Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Mat Sabu lawat kem Rohingya di Bangladesh, Khamis depan
Diterbitkan:  Jul 4, 2018 4:26 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Menteri Pertahanan Mohamad Sabu akan membuat lawatan ke Hospital Medan Malaysia dan Kem Pelarian Rohingya di Cox’s Bazar, Bangladesh Khamis depan.

Lawatan itu merupakan anjuran Kementerian Pertahanan dengan kerjasama pasukan sukarelawan Amal Relief Malaysia dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain bagi meninjau operasi hospital berkenaan di samping menghantar keperluan kepada etnik Rohingya yang mendapatkan perlindungan di kem pelarian itu.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan hari ini berkata warga Malaysia yang prihatin turut dialu-alukan untuk memberi sumbangan khususnya dalam bentuk kewangan.

“Sumbangan boleh disalurkan ke nombor akaun 5623 6664 7559 (Maybank) atas nama Persatuan Amal Kemanusiaan Malaysia,” kata kenyataan itu.

Katanya orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi wakil persatuan Bahar Kassim di talian 019-6239858.

- Bernama

Lihat Komen
ADS