Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Jangan sekali-kali menangis, pesan Rosmah
Diterbitkan:  Jul 4, 2018 5:07 PM
Dikemaskini: 9:09 AM

Jangan sekali-kali menangis - itu pesanan Datin Seri Rosmah Mansor, isteri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada penyokong keluarga itu di mahkamah hari ini.

"Jangan sekali-kali menangis, saya tidak mahu sesiapa menitiskan air mata," kata Rosmah yang dipetik oleh Channel News Asia ketika berjumpa dengan beberapa penyokong wanita di kompleks mahkamah Kuala Lumpur hari ini

Antara penyokongnya yang hadir adalah bekas timbalan menteri kerjaraya, Datuk Seri Rosnah Shirlin.

Wanita-wanita itu kemudian memberitahu Rosmah bahawa "setiap mereka menunaikan solat hajat".

Pagi ini, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah berkaitan kes SRC International dan satu pertuduhan menyalahgunakan jawatannya sebagai perdana menteri dan menteri kewangan ketika itu membabitkan RM42 juta.

Beliau ditangkap oleh SPRM di rumahnya di Jalan Duta, Kuala Lumpur, semalam, dan bermalam dalam lokap.

Beliau kemudian dibebaskan dan pulang ke rumahnya selepas anaknya menyerahkan separuh daripada wang ikat jamin RM1 juta, petang tadi.

Lihat Komen
ADS