Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Riza Aziz ke SPRM untuk hari ketiga berturut-turut

Riza Aziz, anak tiri bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, tiba di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya hari ini bagi memberi keterangan buat kali ketiga berhubung siasatan 1MDB.

Riza yang menaiki kereta jenis Audi dan berpakaian sut itu tiba pada 11.10 pagi.

Beliau yang juga ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat perfileman berpangkalan di Los Angeles, Amerika Syarikat diarahkan hadir sekali lagi hari ini untuk diambil keterangan.

Riza telah diambil keterangan berhubung perkara yang sama tiga hari berturut-turut bermula pada Selasa.

Sebelum ini, sebuah portal tempatan melaporkan anak tiri Najib itu dipanggil bagi membantu siasatan berhubung skandal 1MDB yang dipercayai menggunakan ratusan juta wang syarikat berkenaan untuk menghasilkan filem di persada Hollywood.

Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Seri Mohd Shukri Abdull pada Selasa mengesahkan bahawa Riza hanya diambil keterangan sahaja dan tiada keperluan untuk menahan beliau setakat ini.

-Bernama

Lihat Komen
ADS