Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Apa kaitan duit raya anak saya dengan 1MDB?’
Diterbitkan:  Jul 5, 2018 3:57 PM
Dikemaskini: 9:13 AM

Anak bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, Nooryana Najwa mendakwa bahawa akaun bank peribadinya telah dibekukan selepas beliau membayar wang ikat jamin bapanya, semalam.

"Sebaik selepas saya membayar wang jaminan untuk ayah saya semalam dengan wang yang dikumpulkan daripada rakan dan saudara mara, bank saya berkata mereka mendapat arahan untuk membekukan akaun peribadi yang saya gunakan untuk membayar yuran sekolah sendiri," katanya dalam hantaran di Facebook dalam bahasa Inggeris, hari ini.

Nooryana mendakwa bahawa akaun bank anak lelakinya yang berusia 10 bulan juga dibekukan.

"(Ia adalah) duit 'raya’ pertamanya tahun ini," katanya.

Malaysiakini juga difahamkan bahawa akaun bank peribadi seorang lagi anak Najib, Norashman juga dibekukan hari ini.

Sementara itu, Nooryana mempersoalkan sama ada kerajaan Pakatan Harapan begitu berdendam dan berusaha untuk "menghapuskan" seluruh keluarganya.

"Apa kaitan duit raya saya dengan 1MDB? Adakah ini Malaysia baru yang kita doakan itu?" tambahnya.

Najib ditangkap pada malam Selasa lalu oleh SPRM dan dihadapkan ke mahkamah pada pagi Rabu dan dikenakan tiga tuduhan jenayah pecah amanah (CBT) dan satu pertuduhanan menyalahgunakan kuasa.

Bekas perdana menteri itu memohon untuk dibicarakan terhadap semua empat tuduhan yang berkaitan dengan isu SRC International.

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan ikat jamin sebanyak RM1 juta dan Najib dibenarkan pulang selepas anggota keluarganya berjaya membayar separuh daripada jumlah itu.

Lihat Komen
ADS