Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
IGP: Elak polis di Hong Kong, Jho Low lari ke Macau

Ahli perniagaan yang kini diburu berhubung kes 1MDB Low Taek Jho, atau Jho Low, kini berada di Macau, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Fuzi berkata, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ke Hong Kong untuk mencarinya tetapi Jho Low telah pergi ke Macau sebaik ketibaan mereka.

"Maklumat terbaru yang kami tahu dia berada di Macau. Malah ketika pasukan kami tiba di Hong Kong, dia telah pergi ke sana," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Aidilfitri Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya hari ini.

Macau, sebuah kawasan pentadbiran khas China, tidak mempunyai perjanjian ekstradisi dengan mana-mana negara.

Jho Low merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) dalam saman sivilnya mendakwa ahli perniagaan itu terlibat dalam penyelewengan dana syarikat milik kementerian kewangan itu.

Dia didakwa menggunakan wang 1MDB untuk membeli barangan mewah seperti kapal pesiar Equanimity; barang kemas untuk model Miranda Kerr; serta berlian merah jambu bernilai AS$27.3 juta untuk isteri kepada 'Malaysian Official 1 (MO1)'.

DOJ mendakwa berlian tersebut dibeli dengan wang daripada AS$620 juta yang didakwa MO1 telah dipulangkan kepada penderma Arab Saudi, tetapi sebenarnya disalurkan kepada akan yang dikawal Jho Low.

MO1 telah dikenalpasti sebagai bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Lihat Komen
ADS