Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Majlis Peguam gesa hakim kes Najib tarik diri
Diterbitkan:  Jul 5, 2018 10:26 PM
Dikemaskini: 2:28 PM

Majlis Peguam Malaysia menggesa hakim Mahkamah Tinggi dalam kes perbicaraan jenayah bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak menarik diri.

Dalam kenyataan hari ini, presiden badan peguam itu, George Varughese berkata ini susulan laporan yang mengatakan hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak merupakan adik kepada exco Pahang dan ADUN Benta Datuk Mohd Soffi Abdul Razak.

"Undang-undang menetapkan bahawa keadilan bukan saja dilaksanakan tapi perlu dilihat dilaksanakan.

"Memandangkan bekas perdana menteri yang sebelum ini merupakan bekas presiden Umno dan pengerusi BN, hakim perlu mendedahkan kepada pendakwaan dan peguam bela, sebelum pendengaran kes semalam, tentang hubungan ini dan kedudukannya dalam Umno dan kerajaan negeri Pahang.

"Majlis Peguam Malaysia percaya pendedahan semumpama ini oleh hakim diperlukan bagi memastikan integriti perbicaraan yang dikendalikan beliau dan bagi mengelakkan perbicaraan yang tidak adil.

"Kegagalan hakim melakukan hal ini malangnya menimbulkan persoalan serius tentang kelayakannya mengendalikan perbicaraan," kata Varughese.

Awal hari ini, Peguam Negara Tommy Thomas dilapor sebagai berkata beliau tidak tahu bahawa Mohd Sofian mempunyai hubungan dengan pemimpin Umno.

Thomas mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes perbicaraan Najib semalam atas dakwaan jenayah pecah amanah dan penyalahgunaan kuasa berhubung RM42 juta yang dimasukkan ke dalam akaunnya yang dikatakan merupakan dari SRC International.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS