Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Arab Saudi sahkan tak kurang kuota jemaah haji M'sia

Kedutaan Arab Saudi di ibu negara mengesahkan kuota haji bagi Malaysia tahun ini kekal 30,200 jemaah.

Dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur malam tadi, kedutaan itu menyifatkan laporan yang disiarkan oleh sebuah portal berita bahawa Arab Saudi telah mengurangkan kuota haji Malaysia, sebagai tidak berasas sama sekali.

"Kuota haji bagi jemaah Malaysia ditetapkan pada 30,200 orang," kata kedutaan itu.

Kenyataan itu selanjutnya menyebut 8,000 visa haji telah dikeluarkan oleh kedutaan itu menerusi tugas berterusan yang dijalankannya untuk menerima pasport jemaah Malaysia dan melengkapkan prosedur yang diperlukan pada hari yang sama, selaras dengan agensi yang menjaga hal ehwal jemaah haji Malaysia.

Kedutaan itu turut menegaskan kesungguhan Kerajaan Penjaga Dua Masjid Agung itu untuk memanfaatkan segala usaha dan kemungkinan serta melakukan segala yang diperlukan untuk membolehkan jemaah haji melaksanakan kewajipan mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS