Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Polis: Buang masa layan Razlan
Diterbitkan:  Jul 6, 2018 2:26 PM
Dikemaskini: 6:35 AM

Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Datuk Razlan Rafii disiifatkan sebagai tin kosong oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Amar Singh.

Beliau dipetik demikian semasa mengulas amaran Razlan terhadapnya semalam.

Malah kata Amar beliau tidak mahu membuang masa dengan memberi perhatian kepada Razlan.

"Pada masa ini, kes yang dijalankan di mahkamah adalah berkait dengan dana SRC International Sdn Bhd dan bukannya 1MDB.

"Beliau (Razlan) boleh berkata apa sahaja, selagi tidak melanggar sebarang peruntukan undang-undang negara ini," katanya seperti disiarkan BH Online hari ini.

Semalam Razlan memberi amaran kepada Amar serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar berhenti bercakap megenai 1MDB dan mewujudkan persepsi negatif terhadap Datuk Seri Najib Razak.

Ditemui media selepas bertemu Najib - yang kini berdepan tuduhan jenayah di mahkamah - Razlan berkata mahkamah sudah mengeluarkan perintah tegahan sementara kepada semua pihak mengenai kes yang dibicarakan itu.

"Saya ingatkan kepada SPRM, polis dan Amar, agar berhenti bercakap tentang 1MDB pada media. Jangan biarkan media menjatuhkan hukuman kepada Najib. Saya beri amaran kepada mereka.

"Mahkamah sudah tetapkan jangan bicarakan perkara ini sampai bulan Februari. Biarlah siasatan dijalankan, janganlah sibuk-sibuk cerita pasal senarai itu senarai ini, semua ini perkara-perkara yang negatif yang tiada kebenaran untuk ambil mewujudkan persepsi negatif di kalangan rakyat terhadap Najib," kata Razlan.

Menurut Amar polis sentiasa menjalankan tugas dengan profesional serta tidak memihak kepada sesiapa.

"Kita juga jalankan tugas tanpa rasa takut dan secara profesional," katanya.

Lihat Komen
ADS