Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kit Siang: Bila seseorang berusia bawah 40 akan jadi PM M'sia
Diterbitkan:  Jul 6, 2018 4:10 PM
Dikemaskini: 8:41 AM

Bagi pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, pelantikan Ketua ARMADA BERSATU, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai menteri belia dan sukan bukanlah suatu isu kerana "lebih separuh" daripada penduduk Malaysia berumur di bawah 30 tahun.

Malah, Lim, 77 tahun, berkata soalan yang lebih relevan untuk ditanyakan adalah bilakah Malaysia akan mempunyai seorang perdana menteri berumur bawah 40 tahun.

"Soalan yang lebih menarik dan relevan adalah bilakah rakyat Malaysia di bawah umur 40 tahun akan menjadi perdana menteri Malaysia kerana sekitar 70 peratus rakyat Malaysia berada dalam kumpulan umur berkenaan," kata beliau dalam kenyataan hari ini.

Beliau memberi contoh Perancis, Ireland dan New Zealand yang mana ketua kerajaan di bawah umur 40 tahun.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mencapai usia 93 tahun pada Selasa minggu depan, menjadikannya pemimpin kerajaan yang tertua di dunia.

Pada masa ini, pengganti perdana menteri Pakatan Harapan ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bakal berusia 71 tahun pada Ogos depan.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS