Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Setem khas sempena ulang tahun Dr Mahathir
Diterbitkan:  Jul 6, 2018 4:15 PM
Dikemaskini: 8:34 AM

Pos Malaysia akan mengeluarkan setem khas edisi terhad sempena ulang tahun ke-93 Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Al-Ishsal Ishak berkata setiap lembaran ‘Setem Ku’ menampilkan reka bentuk berbeza dan dijual dengan harga 60 sen setiap satu.

Setiap folder mengandungi tiga lembaran Setem Ku, yang menampilkan saat-saat mesra antara Dr Mahathir dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, serta hari bersejarah apabila Dr Mahathir mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri ketujuh Malaysia, katanya pada sidang media di ibu pejabat Pos Malaysia di Kuala Lumpur.

Al-Ishsal berkata Pos Malaysia memberi penghormatan kepada ikon prolifik Malaysia itu dengan menghasilkan set folder khas.

"Tun Dr Mahathir telah dedikasikan seluruh hidupnya demi kebaikan negara dan inilah cara kami untuk mengucapkan terima kasih atas segala usaha dan sumbangannya kepada Malaysia,” katanya.

Al-Ishsal juga berkata RM5 daripada hasil jualan setiap set folder itu akan disalurkan ke Tabung Harapan Malaysia, tabung amanah yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membolehkan rakyat Malaysia menyumbang bagi pembayaran balik hutang negara.

“Kami hanya mengeluarkan 100,000 keping bagi setiap reka bentuk Setem Ku (kesemuanya 300,000 keping). Oleh itu saya ingin menggalakkan semua orang mengambil peluang ini dengan segera kerana ia tidak akan dikeluarkan lagi sebaik sahaja koleksi ini habis dijual.

“Bawalah pulang koleksi bersejarah ini dan menyumbang kepada Tabung Harapan,” katanya.

Set lengkap boleh diperoleh pada harga RM93 setiap satu di semua pejabat pos umum dan pejabat pos terpilih seluruh negara atau pembelian melalui eziEmall.com.

- Bernama

 

Lihat Komen
ADS