Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images

Berdepan masa akan datang yang lebih mencabar susulan arahan supaya harga jalur lebar tetap diturunkan, Telekom Malaysia dijangka akan memperkenalkan pakej waktu kerja fleksibel untuk kakitangannya.

Bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, seorang jurutera TM memberitahu Malaysiakini bahawa sasaran pakej itu adalah mereka yang yang mempunyai kerja sampingan lain.

"Untuk proses pemulihan, TM menjalankan tinjauan di kalangan pekerjanya yang dikenali sebagai 'Gig Economy'. Salah satu soalan ialah sama ada mereka mempunyai pendapatan sampingan.

"Bagi mereka yang menjawab 'ya', TM akan menawarkan pakej waktu bekerja yang fleksibel," katanya.

Menurutnya, kakitangan boleh memilih satu daripada tiga pilihan, iaitu:

  • Bekerja dari jam 8.30 pagi - 3.30 petang - 70 peratus daripada gaji semasa
  • Bekerja dari jam 10 pagi - 4.30 petang - 70 peratus daripada gaji semasa
  • Bekerja empat hari seminggu (waktu kerja normal) - 80 peratus daripada gaji semasa

Malaysiakini sedang cuba menghubungi ketua pengarah kumpulan TM, Bazlan Osman untuk mendapatkan ulasannya. E-mel juga telah dihantar ke jabatan komunikasi korporat syarikat itu.

Mengulas lanjut, sumber itu berkata TM akan memperkenalkan percubaan selama sebulan untuk program itu dan beberapa pekerja telah dipanggil oleh jabatan sumber manusia berhubung perkara berkenaan.

"Sejumlah pekerja mengalu-alukan tawaran itu, terutama mereka yang memandu Grab kerana ini peluang untuk mendapat pendapatan tambahan," katanya.

Menurutnya, TM dijangka mengumumkan tawaran itu pada Isnin depan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS