Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
PKR negeri gesa k'jaan lantik wakil kabinet dari Kelantan
Diterbitkan:  Jul 7, 2018 12:06 PM
Dikemaskini: 4:09 AM

PKR Kelantan mendesak kerajaan agar melantik seorang wakil Kabinet daripada Kelantan bagi melancarkan urusan antara kerajaan negeri pimpinan PAS dan kerajaan persekutuan pimpinan Pakatan Harapan.

Pengerusi PKR Kelantan Ab Aziz Ab Kadir berkata pihaknya tidak kisah mana-mana wakil dipilih daripada parti komponen PH asalkan individu itu berasal daripada Kelantan.

"Kami percaya Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan memberi peluang kepada mana-mana pimpinan PH Kelantan untuk menganggotai Kabinet selepas ini," katanya kepada pemberita pada Majlis Aidilfitri PKR Kelantan Bersama Media di sini, malam tadi.

Setakat ini, keanggotaan dalam Kabinet masih berbaki tiga untuk menjadikannya 29 orang dan menurut Dr Mahathir mereka akan dilantik sebagai senator bagi mengisi kekosongan berkenaan.

Pada Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei lepas, PH Kelantan gagal menawan sebarang kerusi Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN) di negeri itu menyaksikan tiada wakil daripada negeri ini dalam Kabinet.

- Bernama
 

Lihat Komen
ADS