Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

DAP nampaknya dapat membendung 'kekecewaan' pengerusi parti di Perak, Nga Kor Ming yang ditinggalkan daripada dilantik ke dalam barisan kabinet.

Ditanya mengenai hal itu, Setiausaha Agung DAP dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata beliau berhubung rapat dengan Nga setiap hari.

Lim menunjukkan gambarnya dan Nga tersenyum ketika mereka keluar daripada mesyuarat jawatankuasa eksekutif DAP di Petaling Jaya beberapa hari yang lalu.

Beliau menggambarkan reaksi Nga sebagai "positif" dan "sangat menyokong." Menurut Lim kekecewaan adalah sebahagian daripada politik.

"Kekecewaan pasti berlaku, ia suatu yang semula jadi, siapa yang tidak kecewa?

Kepentingan negara didahulukan

"Bukan hanya orang yang terlepas daripada jawatan (yang kecewa), tetapi penyokong mereka juga," katanya kepada Malaysiakini.

Walau apa pun, Lim menegaskan pemimpin DAP meletakkan kepentingan negara mendahului kepentingan mereka sendiri.

"Contoh yang baik ialah Lim Kit Siang, yang berjuang bukan untuk mendapat apa-apa ganjaran. Beliau lambang kebaktian tanpa mementingkan diri sendiri," kata Lim menjelaskan perihal bapanya yang tidak menerima jawatan menteri selepas pilihan raya umum ke-14.

"Beliau tidak mengharapkan apa-apa imbuhan, tetapi mahu melihat Malaysia yang lebih baik, inilah perjuangan politiknya."

Terdapat desas-desus anggota DAP tidak berpuas hati selepas Nga dan Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen pada awalnya ditinggalkan daripada barisan kabinet.

Chong dilantik timbalan menteri

Semasa berkempen dalam PRU14, Lim berjanji melantik kedua-dua pemimpin itu sebagai menteri kabinet jika Pakatan Harapan berjaya membentuk kerajaan persekutuan.

Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad kemudian melantik Chong sebagai timbalan menteri perdagangan dalam negeri dan hal ehwal pengguna tetapi tiada jawatan untuk Nga.

Lim berada di Pulau Pinang untuk menghadiri pelancaran ICCL Fasa 5, sebuah pusat sehenti bagi Pengedaran Serantau dan Pusat Kecemerlangan Logistik Halal di Bukit Tengah.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Chow Kon Yeow, ADUN Bukit Tengah Gooi Hsiao Leong dan pengarah urusan kumpulan ICCL, Kevin Lim.

Lim turut menghadiri pelancaran pusat perkhidmatan DAP di Berapit bersama ADUN Heng Lee Lee dan di Air Itam bersama wakil rakyatnya Joseph Ng.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS