Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Najib patut dedahkan pertemuan dengan Jho Low'
Diterbitkan:  Jul 7, 2018 8:41 PM
Dikemaskini: 12:43 PM

Anggota Parlimen Iskandar Puteri menggesa Datuk Seri Najib Razak untuk mendedahkan berapa kali dan di mana bekas perdana menteri itu bertemu dengan ahli perniagaan Low Taek Jho, yang dikenali sebagai Jho Low selepas Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang kleptokrasi pada Julai 2016.

Lim berkata Najib patut berbuat demikian jika beliau masih percaya pada ketelusan dan pertanggungjawaban.

"Beritahu orang ramai...dan nyatakan isi perbicangan serta keadaan pertemuan-pertemuan dengan Jho Low itu," kata Lim dalam suatu kenyataan.

Lim juga mempersoalkan jika Najib bertanyakan kepada Low mengenai kapal persiaran mewa Equanimity ketika berlangsungnya pertemuan yang didakwa itu.

"Benarkan Najib bertemu Jho Low selepas DOJ memfailkan samannya (pada Jun 2017) dengan secara khusus menamakan kapal mewah Equanimity sebagai aset yang dikaitkan dengan 1MDB?

Najib atau Jho Low atau usaha sama?

"Adakah beliau (Najib) bertanya Jho Low mengenai Equanimity yang telah menjadi berita antarabangsa?" Soal Lim.

Dalam wawancara eksklusif bersama Malaysiakini, Najib menjelaskan Low mempunyai hubungan dengan kerabat diraja Arab dan mengakui pernah berhubungan dengan Low tetapi berkata ia sudah lama berlalu.

“Ya, saya ada (berhubungan dengan dia) dan dia kata bukan untuknya. Katanya dia bertindak bagi pihak istana Timur Tengah. Itu jawapannya,” kata Najib.

Najib berkata dia tidak bertanya tentang kapal layar mewah Equanimity ketika itu kerana tidak menyedari kewujudannya.

Pemimpin veteran DAP juga bertanyakan soalan siapa menggunakan siapa dalam skandal 'lombong emas' 1MDB.

"Najib atau Jho Low? Atau ini suatu usaha sama oleh kedua-dua mereka?" Soal Lim.

Lihat Komen
ADS