Malaysiakini
BERITA

Timb menteri mahu pengiktirafan UEC selesai tahun ini

Yap Jia Hee

Diterbitkan
Dikemaskini 8 Jul 2018, 7:29 pagi

Timbalan Menteri Pendidikan Teo Nie Ching mahu isu pengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) selesai sebelum hujung tahun ini.

"Saya harap dapat selesaikan tugas ini sebelum hujung tahun, ini matlamat saya.

"Mungkin perlu makan masa untuk bina sebuah sekolah, tapi ini (pengiktirafan UEC) boleh dibuat secepat mungkin. Saya tak suka buat kerja secara cincai," katanya kepada pemberita di Semenyih hari ini.

Beliau berkata isu itu tidak perlu dibawa ke parlimen memandangkan kerajaan sebelum ini memberi pengiktirafan kepada sijil A-level tanpa melalui perbahasan di Dewan Rakyat.

Sebaliknya, katanya lagi, kementerian pendidikan perlu menentukan mekanisme pengiktirafan UEC, kemudian menteri pendidikan boleh membawanya ke kabinet.

[Baca berita penuh]

Jadilah pelanggan Malaysiakini untuk menyokong media bebas menyalurkan sumber maklumat dalam negara yang boleh dipercayai. Bersama membina Malaysia yang lebih baik.

Langgan dengan hanya RM200 setahun atau RM20 sebulan.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.