Berita Malaysiakini

Enam kanak-kanak berjaya dikeluarkan dari gua di Thailand

Diterbitkan  |  Dikemaskini

KEMASKINI | Enam kanak-kanak daripada sekumpulan 13 orang yang terperangkap dalam sebuah gua di Thailand yang dipenuhi air telah berjaya diselamatkan. 

Menurut Reuters, pihak berkuasa di utara wilayah Chiang Rai memulakan misi berbahaya untuk membawa keluar 12 remaja dan seorang juru latih pasukan bola sepak itu bermula jam 10 pagi tadi.

Agensi media tempatan pula melaporkan dua budak lelaki pertama dibawa keluar dari gua Tham Luang antara 5.30 petang hingga 5.50 petang.

Menurut Bangkok Post kanak-kanak berkenan dan jurulatih mereka akan dirawat di Hospital Chiangrai Prachanukroh selama 24 jam sebelum dibenar bertemu keluarga mereka.

Mereka sebelum ini terperangkap dalam gua berkenaan di sempadan Thai-Myanmar selama lebih dua minggu.