Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Zambry puji Syed Saddiq kutip sampah
Diterbitkan:  Jul 9, 2018 8:48 AM
â‹…
Dikemaskini: Jul 10, 2018 8:43 AM

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Zambry Abd Kadir memuji tindakan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman yang mengutip sampah selepas perlawanan akhir Piala FA di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu lalu.

Menurutnya, tindakan Syed Saddiq itu adalah sikap baik yang boleh dicontohi untuk negara yang bersih.

"Tahniah @SyedSaddiq tunjuk contoh yang baik. Dulu saya kutip sampah di Perak, ada pemimpin parti maki dan kutuk saya kononnya mencari publisiti murahan.

“Jangan peduli cacian, teruskan tunjuk sikap yang baik yang boleh dicontohi untuk negara yang bersih," ciapnya di Twitter beliau, semalam.

Zambry sebelum ini pernah dikutuk kerana mengutip sampah bersama pekerja Majlis Bandar Raya Ipoh (MBI) atas dakwaan cuba meraih publisiti politik murahan. Namun, bekas menteri besar itu bertegas beliau mahu mendidik masyarakat supaya menjaga kebersihan.

Syed Saddiq memuat-naikkan gambar beliau mengutip sampah di tempat duduk penonton selepas perlawanan akhir Piala FA pada Sabtu lalu menulis dirinya “pantang kalau nampak orang buang sampah merata-rata”

“Bagi mereka yang mengenali saya, ini bukan one-off. kalau kawan buang puntung rokok pun saya pergi kutip. Biar dia malu dan tak akan buat lagi,” ciapnya.

Namun seperti tindakan Zambry yang pernah melakukan perkara yang sama, Syed Saddiq juga tidak terkecuali daripada warga maya yang menuduhnya mahu mencuri publisiti murahan.

Lihat Komen
ADS