Mustapha: PAS semakin tertekan
Tindak-tanduk "kelam kabut" PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Pasir menunjukkan parti itu tertekan dan secara tidak langsung menggambarkan situasi sebenar parti berkenaan, kata Datuk Mustapa Mohamed.
Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan
berkata setelah lebih 15 tahun berasa selesa di Kelantan, PAS kini dilihat ketandusan idea untuk merebut hati rakyat sehingga sanggup berbuat apa sahaja.

" Yang pastinya, saya tidak pernah melihat PAS begitu tertekan seperti ini. Dalam pilihan raya kecil kali ini mereka rasa terhimpit, tertekan sehingga sanggup buat apa sahaja kenyataan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Tabung Amal Pewatan dan perjumpaan Aidilfitri pertubuhan bukan kerajaan itu di Shah Alam semalam.
Menurut laporan Bernama, hasil kutipan tabung amal itu akan disalurkan kepada mangsa gempa bumi di Pakistan. Selain itu, majlis yang julung kali diadakan itu turut meraikan 24 anak yatim yang dipilih dari beberapa daerah pendalaman di Kelantan.
Ketika ditanya mengenai sokongan padu oleh jentera pusat Barisan Nasional (BN), Mustapa berkata komitmen tinggi yang dihulurkan oleh pelbagai sayap parti bagi memastikan kemenangan BN sangat dihargai dan beliau yakin lebih banyak bantuan seumpama itu dihulurkan selepas hari penamaan calon.
"Kita terharu dengan sokongan yang diberikan oleh jentera BN dari pelbagai peringkat melalui program yang diadakan bagi memastikan kemenangan calon BN nanti," katanya yang juga menteri di Jabatan Perdana Menteri.