Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Banjir terbesar Jepun: Lebih 100 maut, jutaan hilang rumah
Diterbitkan:  Jul 9, 2018 8:36 PM
Dikemaskini: 12:51 PM

GLOBAL | Operasi mencari dan menyelamat di Jepun masih diteruskan selepas hujan lebat mengakibatkan banjir dan tanah runtuh yang mengorbankan paling kurang 114 nyawa, dengan 61 orang masih lagi hilang, lapor stesen televisyen NHK.

Menurut Reuters, Perdana Menteri Shinzo Abe membatalkan lawatan luar negeri susulan bencana banjir paling besar di Jepun semenjak 1983, dengan beberapa juta orang kehilangan tempat tinggal.

Pihak berkuasa berkata kesan ekonomi bencana itu masih belum jelas lagi.

Ramai lagi mangsa banjir dilaporkan hilang dan bekalan elektrik terputus.

Semenjak Khamis lalu, wilayah barat Jepun menerima hujan sebanyak tiga kali ganda daripada jumlah hujan yang biasanya diterima bagi keseluruhan bulan Julai.

"Kami tidak pernah mengalami hujan sebegini sebelum ini," kata jurucakap pihak berkuasa kaji cuaca Jepun, petik AFP.

Hujan lebat bermula dengan ribut taufan minggu lalu disusuli hujan lebat selama beberapa hari.

Lihat Komen
ADS