Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Budak kelapan selamat keluar dari gua Thailand
Diterbitkan:  Jul 9, 2018 9:26 PM
Dikemaskini: 1:29 PM

GLOBAL | Remaja kelapan berjaya dibawa keluar dari gua di Chiang Rai, di utara Thailand, di mana pasukan bola itu bersama jurulatihnya terperangkap lebih dua minggu, lapor media antarabangsa.

Kejadian berlaku selepas hujan lebat mengakibatkan laluan masuk ke gua itu ditenggelami air.

Sumber di tapak gua memberitahu akhbar The Guardian remaja kelima keluar kira-kira jam 5 petang tadi waktu Thai. Beberapa minit kemudian, sebuah ambulan dilihat keluar melintasi pusat media beberapa kilometer dari pintu masuk gua berkenaan. Ia kemudian diikuti sebuah helikopter terbang di ruang udara.

Sekitar jam 6 petang tadi, remaja keenam di angkat keluar dari gua dan dirawat di hospital lapangan, kata sumber, petik The Guardian.

Kira-kira jam 7 malam tadi remaja ketujuh keluar. Tidak lama kemudian, remaja kelapan menyusul keluar dari gua.

Semalam empat remaja berjaya keluar

Pihak berkuasa operasi menyelamat mengesahkan para penyelam memasuki gua Tham Luang Nang Non pada jam sebelas pagi tadi waktu Thai.

"Pada jam 11 pagi kami menghantar pasukan penyelamat kedua," kata Narongsak Osatanakorn, ketua penyelaras operasi bersepadu itu, petik The Guardian lagi.

Semalam, kumpulan pertama empat remaja lelaki yang berjaya dibawa keluar dari gua Tham Luang dalam satu operasi menyelamat pada Ahad dilaporkan berada dalam keadaan sihat manakala satu pemeriksaan menyeluruh sedang dirancang untuk mereka semua, lapor Agensi Berita Thailand (TNA) memetik kenyataan Menteri Kesihatan Awam, Piyasakol Sakolsatayadorn.

Dilaporkan, mereka kini dirawat di bilik steril berasingan di Hospital Chiangrai Prachanukroh.

Satu pasukan yang mengumpulkan 13 pakar penyelam gua dari Amerika Syarikat, Australia, China dan Eropah sedang membantu lima anggota tentera laut Thai dalam misi membawa keluar 12 orang remaja dan jurulatihnya melalui laluan gua Tham Luang yang dibanjiri air dan sempit itu.

Tiga hari lalu, penyelam bekas anggota tentera laut Thailand, Saman Gunan meninggal dunia dalam perjalanan keluar dari gua itu selepas menghantar bekalan tong oksigen kepada mangsa yang terperangkap menjadikan operasi menyelamat ini berisiko tinggi.

Lihat Komen
ADS