Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Permohonan bekas MB N9 batalkan petisyen Streram ditetapkan 8 Ogos

Mahkamah menetapkan permohonan Timbalan Presiden Umno Datuk Seri Mohamad Hasan untuk membatalkan petisyen pilihan raya oleh calon PKR DUN Rantau Dr S Streram pada 8 Ogos ini.

Tarikh itu diputuskan hakim pilihan raya Seremban Datuk Azimah Omar ketika pengurusan kes hari ini.

Peguam Streram, Rafique Rashid Ali memberitahu Malaysiakini bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya Rantau, Amino Agus Suyub kini diwakili peguam dari Messrs Shearn Delamore.

Difahamkan Mohamad mahu membatalkan petisyen itu atas asas Streram dikatakan tidak memenuhi keperluan residensi dan tidak mengikut keadaan perundangan tertentu.

Namun Rafique berkata mereka telah memfailkan afidavit sebagai menjawab permohonan Mohd Hasan.

Peguam SPR Satya Kumardas berkata mereka juga membantah petisyen itu.

Streram menamakan Mohamad, Amino dan SPR sebagai responden, mendakwa beliau telah dihalang dan secara sistematik digagalkan daripada menghantar borang pencalonannya bagi DUN Rantau pada PRU lalu.

Rafique juga memberitahu bahawa Azimah menetapkan tarikh sama - 8 Ogos - untuk mendengar pindaan petisyen pilihan raya parlimen Jempol.

Beliau mewakili kamarulzaman Kamdias (BERSATU) yang menamakan anggota parlimen Jempol Datuk Mohd Salim Sharif (BN), SPR dan pegawai pengurus pilihan raya sebagai responden.

Lihat Komen
ADS