Mayat bayi berbalut kain ditemukan di kawasan flat di Pandan Indah.

Ketua Polis Ampang Jaya Penolong Pesuruhjaya Hamzah Alias berkata orang awam menghubungi pihak polis mengenai penemuan bayi perempuan pada jam 9.19 pagi tadi.

Hamzah berkata mayat bayi itu ditemui oleh salah seorang penduduk di atas lantai di salah satu blok kediaman flat dan bayi berkenaan sudahpun meninggal dunia ketika itu.

Beliau berkata mayat bayi itu dihantar ke hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. Pihak polis tidak pasti keturunan bayi tersebut.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan melupuskan mayat bayi.