Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Hanipa Maidin dibenar pulang dari hospital
Diterbitkan:  Jul 10, 2018 4:42 PM
Dikemaskini: 8:47 AM

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) Hanipa Maidin yang dikejarkan ke hospital ketika perjumpaan bersama Perdana Menteri semalam disahkan mengalami "vaso vasal attack" dan akan dibenarkan keluar hospital hari ini, kata kenyataan Hospital Putrajaya.

"Timbalan Menteri didapati mengalami “vaso vagal attack”.

"Beliau berada dalam keadaan sihat dan stabil tanpa sebarang gejala semasa berada di wad. Siasatan yang dijalankan tidak menunjukkan sebarang keputusan abnormal yang akut.

"Tekanan darah dan paras kolesterol darah adalah terkawal dan beliau tidak mengidap penyakit diabetis.

"Timbalan Menteri didiscaj hari ini dan akan menjalani lawatan susulan dengan pakar yang berkaitan," kata Hospital Putrajaya melalui kenyataannya pada hantaran di Facebook hari ini.

Pada hantaran itu, Hospital Putrajaya juga memberitahu Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad hadir menziarahi anggota parlimen Sepang itu dengan menyertakan beberapa gambar kunjungan tersebut.

Lihat Komen
ADS