Anggota Parlimen PKR Datuk Johari Abdul dijangka menjadi speaker baru Dewan Rakyat, lapor The Star.

Nama anggota parlimen Sungai Petani itu dilaporkan telah diketengahkan pada mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) Isnin lalu.

Awal hari ini, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu hari ini atau esok.

Sebelum ini, timbul spekulasi bahawa bekas penasihat sosio budaya kerajaan Tan Sri Rais Yatim akan dilantik sebagai speaker.

Manifesto HARAPAN bagaimanapun menyatakan bahawa speaker yang dilantik perlulah daripada kalangan anggota parlimen.

Dewan Rakyat akan mengadakan mesyuarat pertama selepas pilihan raya umum pada Isnin ini.

[Baca berita penuh]