Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Umno: Iktiraf UEC hanya jika ada kredit BM, lulus sejarah
Diterbitkan:  Jul 11, 2018 2:22 PM
Dikemaskini: 6:28 AM

Naib Presiden Umno Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata lulusan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) boleh diiktiraf jika mereka memperolehi kredit dalam mata pelajaran bahasa Melayu dan sejarah dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Beliau berkata kerajaan BN sebelum ini memberi peluang kepada pemegang UEC memasuki institut pendidikan guru (IPG).

"Kerajaan BN sebelum ini telah memberi kelonggaran untuk lepasan UEC bagi memasuki IPG.

“Namun tetap dengan syarat am kepujian dalam bahasa Melayu dan lulus subjek sejarah di peringkat peperiksaan SPM serta khusus untuk mengajar di peringkat SJKC sahaja,” kata bekas menteri pendidikan itu dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau menambah bahawa pendirian Umno adalah jelas bahawa semua sistem berkaitan pendidikan di negara ini perlu berlandaskan dasar pendidikan kebangsaan seperti yang diperuntukkan mengikut Akta Pendidikan 1996.

"Sistem pendidikankebangsaan memperuntukkan bahasa kebangsaan (bahasa Melayu) sebagai bahasa pengantar utama, kurikulum kebangsaan dan peperiksaan yang sama.

"Pendidikan yang diberikan (dalam sistem pendidikan Malaysia) adalah pelbagai dan komprehensif skopnya bagi memenuhi keperluan negara serta memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip Rukunegara," katanya.

UEC adalah sijil yang dikeluarkan Sistem Sekolah Menengah Persendirian Cina Malaysia dan pelaksanaannya tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS