Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tak betul, kata Apandi mengenai dakwaan AG Swiss
Diterbitkan:  Jul 11, 2018 5:58 PM
Dikemaskini: 10:01 AM

Bekas peguam negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata, adalah tidak betul untuk mendakwa bahawa beliau enggan bekerjasama dengan pihak berkuasa Switzerland mengenai siasatan 1MDB.

Ini susulan kenyataan Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber bahawa Apandi "pada 2016 tidak mahu bekerjasama dengan kami." Kenyataan itu dibuat selepas perjumpaan dengan peguam negara baru Malaysia, Tommy Thomas.

Apandi berkata beliau tidak dapat memenuhi permintaan Swiss itu kerana kekangan undang-undang.

"Tidak betul untuk mengatakan bahawa saya enggan bekerjasama dengan peguam negara Switzerland, yang saya berjumpa dua kali di Switzerland, mengenai isu ini.

"Ketika itu, apabila permintaan dihantar ke Malaysia pada tahun 2016, polis Malaysia masih menyiasat kes 1MDB.

"Saya masih ingat bahawa dalam jawapan bertulis saya kepada Switzerland, sebagai peguam negara ketika itu, memandangkan siasatan Malaysia masih berjalan, untuk memenuhi permintaan Swiss mungkin membawa prejudis di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini.

Apandi berkata beliau mematuhi Seksyen 20 (1) (I) Akta Bantuan Bersama Dalam Perkara Jenayah 2002 (Akta 621),

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS