Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Guru tahfiz ditahan disyaki seks luar tabii pada murid

Seorang guru tahfiz hari ini ditahan selepas disyaki melakukan seks luar tabii terhadap anak muridnya berusia 14 tahun di sebuah maahad tahfiz di Hulu Klang dekat Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Hamzah Alias berkata suspek lelaki berusia 21 tahun itu ditahan kira-kira 12 tengah hari oleh anggota Jabatan Siasatan Jenayah Ampang Jaya.

"Remaja lelaki itu membuat laporan polis semalam dan mendakwa pada awal Mei, suspek meminta mangsa melakukan seks oral terhadapnya namun mangsa menolak.

“Kemudian suspek dipercayai bertindak melakukan seks oral terhadap mangsa sebanyak lima kali, mangsa takut untuk kembali ke pusat tahfiz berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Hamzah berkata suspek kini direman selama tujuh hari sehingga Selasa depan untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS