Berita Malaysiakini

Pada usia 93, Mahathir ibarat Yoda, kata menteri

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Umur panjang dan kesihatan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk terus berkhidmat kepada negara ini, diibaratkan seperti watak fiksyen Star Wars, Yoda.

Menteri Pelajara, Maszlee Malik berkata, lazimnya mereka yang pada usia sebegitu lanjut berada di “tanah perkuburan, atau di hospital, atau di rumah.”

“Tetapi tidak, YAB PM telah tunjuk kepada kita semangat pahlawan Jedi, semangat Yoda.

“Walaupun telah berusia lanjut, (beliau) tetap pergi ke pejabat dan balik lebih lewat dari kita. Sepatutnya di usia yang lanjut (beliau) kena rehat,” kata Maszlee pada perhimpunan bulanan kementerian pendidikan di Putrajaya hari ini.

Yoda adalah watak fiksyen dalam francais filem Star Wars oleh George Lucas, dan hidup hingga umur 900 tahun.

Mahathir bertukar menjadi 93 pada Selasa lalu, dan kini adalah ketua kerajaan tertua di dunia.

Tahun lalu, Mahathir mengakui watak Star Wars kegemarannya adalah Luke Skywalker, seorang Jedi yang menyertai Perikatan bagi memerangi kerajaan autoritarian Empayar Galactic.

[Baca berita penuh]