Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Menteri dijangka isytihar aset beberapa minggu lagi

Menteri-menteri dijangka mula mengisytiharkan aset masing-masing beberapa minggu lagi selepas kod etika berkaitan dimuktamadkan kabinet.

Ketua Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed berkata timbalan menteri dan anggota parlimen kerajaan turut dijangka berbuat demikian.

“Kod etika akan dibawa ke kabinet untuk dimuktamadkan.

“Borang (pengisytiharan) sudah tersedia untuk menteri, timbalan menteri, dan MP kerajaan untuk diisi, tetapi masih menunggu kelulusan kabinet.

Abu Kassim berkata demikian kepada media dalam majlis sambutan hari raya Aidilfitri anjuran Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) di Putrajaya hari ini.

Lihat Komen
ADS