Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
ADUN Semambu lapor polis isu fitnah
Diterbitkan:  Jul 12, 2018 3:44 PM
Dikemaskini: 7:49 AM

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semambu Lee Chean Chung hari ini membuat laporan polis terhadap dua laman sosial yang didakwa memfitnahnya sebagai seorang yang bersifat perkauman.

Beliau mendakwa fitnah itu telah beberapa kali disiarkan di dua laman sosial itu sejak pertama kali dikesan pada hujung tahun 2013.

"Ini kali ketiga saya menerima laporan bahawa kononnya berlaku pergaduhan antara saya dengan bekas ADUN Bandar Terengganu Azan Ismail sehingga saya mengeluarkan perkataan tidak elok kepada orang Melayu.

"Perkara itu tidak benar sama sekali, malah restoran yang dikatakan menjadi tempat kami bergaduh di Jalan Beserah pada 19 Nov 2013 itu juga tidak wujud," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan hari ini.

Lee berkata laporan itu bertujuan untuk memburukkan dirinya dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) memandangkan beliau dan Azan adalah daripada parti itu.

Beliau mahu kedua-dua laman sosial itu memadamkan laporan fitnah tersebut dalam tempoh terdekat dan jika gagal berbuat demikian, beliau akan mengambil tindakan undang-undang.

- Bernama

Lihat Komen
ADS